Panas !!! MB Johor baharu digesa bentang ‘undi percaya’, bukti dapat sokongan majoriti

Panas !!! MB Johor baharu digesa bentang ‘undi percaya’, bukti dapat sokongan majoriti

MB Johor baharu digesa bentang ‘undi percaya’, bukti dapat sokongan majoriti. BERSIH menggesa Menteri Besar Johor yang baharu dilantik, Onn Hafiz Ghazi, membentangkan usul undi percaya bagi membuktikan beliau mendapat sokongan majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Kumpulan reformasi pilihan raya itu berkata, undi percaya penting kerana Barisan Nasional (BN) menamakan bekas menteri besar Johor Hasni Mohammad sebagai calon untuk menjawat jawatan itu dalam kempen pilihan raya dan 38 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN yang baharu dipilih dilaporkan menandatangani akuan berkanun (SD) sebagai sokongan terhadapnya.

Panas !!! MB Johor baharu digesa bentang 'undi percaya', bukti dapat sokongan majoriti

Dalam kenyataan hari ini, ia menggesa kerajaan Johor meminda perlembagaan negeri dan perintah tetap DUN bagi mewujudkan mekanisme “pengesahan undi percaya” bagi mengesahkan pelantikan mana-mana menteri besar baharu.

Katanya, undi itu harus dibuat selepas pilihan raya atau pertengahan penggal untuk “mengesahkan keabsahan menteri besar dan mengurangkan kemungkinan pertukaran kerajaan pada pertengahan penggal”.

“BERSIH melihat (keadaan sekarang) berpotensi menimbulkan ketidakstabilan di Johor jika sistem itu tidak diubah untuk membolehkan DUN mengesahkan sokongannya kepada menteri besar baharu,” katanya.

Ia juga berkata, “undi tidak percaya konstruktif” perlu diperkenalkan di DUN, jadi menteri besar tidak boleh digulingkan melainkan undi itu mengandungi nama penggantinya yang diluluskan dengan majoriti mudah.

Dengan cara itu katanya, pilihan raya mengejut tidak perlu diadakan kerana menteri besar boleh diganti.

“Pindaan ini akan mengelak muslihat politik yang tidak berkesudahan dan meningkatkan keyakinan rakyat terhadap demokrasi berparlimen dan sistem raja berperlembagaan serta memastikan kestabilan politik lebih baik,” katanya.

Onn Hafiz, cicit kepada bekas perdana menteri Hussein Onn, mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Johor ke-19 di depan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada Selasa.