Panas !!! Maklumat sulit bocor: Kelantan jalankan siasatan dalaman

Panas !!! Maklumat sulit bocor: Kelantan jalankan siasatan dalaman

Panas !!! Maklumat sulit bocor: Kelantan jalankan siasatan dalaman

Kerajaan Negeri Kelantan menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat sulit kepada individu tertentu bagi tujuan politik.

Timbalan Menteri Besar Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mengakui perkara itu berlaku dan mempercayai ia didalangi kakitangan pentadbiran negeri.

“Maklumat-maklumat ini dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi. Kita sudah ada Akta Rahsia Rasmi. Dan kemungkinan, ada kalangan kita yang membocorkan maklumat tersebut.

“Cuma sekarang ini kita belum ada bukti lagi. Kalau ada bukti, kita akan ambil tindakan.

“Kita sedar tentang maklumat itu dan sebahagiannya diberikan tafsiran yang tidak tepat. Itu yang jadi masalahnya,” katanya.

Mohd Amar berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perasmian Stesen Mek Awe Panchor, di sini, semalam.

Menurutnya, terdapat maklumat sulit yang dibawa keluar sama ada dari pejabat kerajaan negeri atau dari anak syarikat dimanipulasi.

Mutakhir ini, terdapat maklumat berkaitan tender projek Air Kelantan, kawasan pembalakan, lot tanah dan sebagainya, yang didedahkan melalui platform media sosial kepada masyarakat umum.

Pendedahan dan penyebaran itu antaranya datang dari badan bukan kerajaan atau ahli politik.