Panas !!! Kontrak bernilai RM30.75 juta untuk ganti 200 tiang lampu dipersoal

Panas !!! Kontrak bernilai RM30.75 juta untuk ganti 200 tiang lampu dipersoal

Panas !!! Kontrak bernilai RM30.75 juta untuk ganti 200 tiang lampu dipersoal.

Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng menggesa kerajaan untuk menjelaskan butiran kontrak bernilai RM30.75 juta bagi menggantikan 200 unit tiang lampu di Lembah Klang untuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Lim mempersoalkan sama ada wajar atau tidak nilai kontrak setinggi itu untuk kerja kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pengoperasian 200 unit tiang lampu.

Panas !!! Kontrak bernilai RM30.75 juta untuk ganti 200 tiang lampu dipersoal

Gambar sekadar hiasan

“Orang ramai tertanya-tanya adakah kontrak bernilai RM30.75 juta ini semata-mata untuk membina 200 tiang lampu?

“Adakah ini bermaksud pembinaan satu tiang lampu perlu menelan kos sebanyak RM153,750 juta?” soalnya dalam kenyataan hari ini.

Lim berkata dia akan mendapatkan penjelasan DBKL berhubung perkara itu, termasuk sama ada ia diberikan melalui tender terbuka atau tidak.

“Kerajaan tiada alasan untuk mengetepikan soal ketelusan dan tadbir urus yang baik dalam pengurusan kontrak berbelanja begitu tinggi,” katanya.

Pada Selasa lalu, Bernama melaporkan projek penggantian tiang lampu pintar DBKL dijangka akan bermula bulan ini dan selesai pada Mei 2023.