Panas !!! Konsesi menyebabkan kontraktor kecil bumiputera gulung tikar, kata ADUN Senggarang

Panas !!! Konsesi menyebabkan kontraktor kecil bumiputera gulung tikar, kata ADUN Senggarang

Kewujudan syarikat-syarikat konsesi melaksanakan kerja penyelenggaraan sejak kebelakangan ini telah merubah peluang kerja kepada kontraktor kecil dan kontraktor besar G5 ke atas telah hilang punca peruntukan yang mereka boleh menyertainya. Kewujudan syarikat konsesi ini memang dibenarkan tetapi kewajarannya digunapakai boleh dipertikaikan.

Kalau dulu kontraktor hanya perlu berdaftar dengan PKK dan CIDB tetapi sekarang terpaksa berdaftar dengan JCCD dan syarikat konsesi yang telah dikurniakan kerja oleh kerajaan. Ini menambah merumitkan keadaan.

Harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi adalah lebih rendah daripada harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan. Logiknya syarikat konsesi akan mengambil keuntungan dan caj pengurusan dan selebihnya baru dibuat sebut harga atau undi kepada kontraktor lain. Ini bermakna 15% hingga 20% daripada peruntukan penyelenggaraan akan hilang diberikan kepada syarikat konsesi.

Kontraktor disyaratkan boleh mendapat kerja sekali sahaja dalam setahun. Ini bermakna jika mereka sudah mendapat kerja contohnya RM20,000 maka mereka tidak layak untuk dipertimbangkan kerja lain. Ini adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Jumlah kontraktor bertambah manakala peluang mendapat kerja diperkecilkan. Ini tidak selaras dengan usaha untuk meramaikan lagi usahawan bumiputera.

Laporan yang mengatakan kewujudan syarikat konsesi oleh pihak tertentu menyatakan syarikat konsesi banyak memberi faedah kepada kontraktor adalah satu laporan yang dibuat untuk menutup kelemahan sistem konsesi ini.

Apa yang berlaku adalah indah khabar dari berita dan menang sorak, kampong tergadai. Kaedah syarikat konsesi ini adalah menguntungkan individu tertentu sahaja sementara majoriti kontraktor menghadapi masalah.

Cadangan:
i. Kerajaan perlu menyemak semula buruk baiknya kewujudan syarikat konsesi.

ii. Agensi yang memantau perlu lebih telus dalam membuat laporan.

iii. Harga yang ditawarkan oleh syarikat konsesi mestilah selaras dengan harga yang ditawarkan oleh agensi kerajaan.

iv. Syarikat konsesi mesti mempunyai kemampuan untuk membayar projek yang telah siap dengan segera. Kebanyakan mereka menunggu bayaran daripada kerajaan barulah mereka membayar subkontraktor. Jika ini berlaku, mereka tidak layak menjadi syarikat konsesi.

v. Banyak syarikat konsesi melantik anak syarikatnya sendiri untuk melaksanakan kerja. Ini menyebabkan kontraktor lain tidak mendapat kerja. vi. Jangan keluarkan kerja terlalu kecil contohnya RM8,000 untuk satu kerja. Had kerja yang boleh diperolehi oleh seorang kontraktor G1 adalah RM200,000. Ini bermakna semua kontraktor boleh mengambil bahagian dalam undian dan sebut harga selagi nilainya tidak melebihi RM200,000.

vii. Selaras dengan kelulusan kerajaan, kontraktor G2 hingga G4 mesti diberi peluang untuk menyertai kerja undi.

viii. Pemantau perlu dibuat untuk mengelakkan ketirisan berlaku dalam kalangan syarikat konsesi.

Tanah adalah adalah suatu keperluan kepada kehidupan manusia. Dalam kaedaan penduduk semakin meningkat, keluasan tanah terus kekal tidak berganjak menyebabkan permintaan keatas tanah melonjak secara berterusan. Walaupun terdapat projek-projek tebusguna tanah paya dan laut, namun jumlah keluasan tanah yang terlibat sangat terbatas dan ia hanya dikuasai oleh gulungan pengusaha2 besar sahaja.

Adalah menjadi hak setiap rakyat Negeri Johor untuk memohon mana-mana tanah kerajaan yang kosong. Begitu juga adalah kuasa kerajaan untuk meluluskan atau menolak permohonan2 tersebut tanpa perlu memberi alasan. Tetapi yang menjadi tanda tanya dan kemuskilan di kalangan rakyat tentang apakah kelayakan sebenar bagi sesaorang rakyat Johor untuk mendapat kelulusan terhadap sesuatu permohonan tanah yang diajukan.

Dalam Islam, hak sesuatu bidang tanah akan jatuh kepada orang yang menghidupkan tanah berkenaan. Konsep ini sangat sesuai sekiranya Kerajaan Negeri mengambil pakai dasar tersebut. Sekiranyan dasar tersebut dilaksanakan sudah pasti ia boleh menyelesaikan banyak permohonan2 tanah yang tertunggak.

Terdapat banyak aduan, banyak kes-kes permohanan tanah yang telah dibuat bertahun-tahun, ada belasan, malah puluhan tahun dahulu tetapi sampai sekarang masih tiada keputusan. Ada pemohon telah bermastautin dan mengambil hasil pertanian daripada tanah tersebut tetapi permohonan mereka masih tidak diluluskan. Dalam sesetengah kes tertentu pemohon-pemohon seperti dituduh sebagai penseroboh tanah kerajaan.
Dalam proses menunggu, ada pemohon yang telah meninggal dunia dan kaedaan semakin kusut apabila waris-waris menghadapi soal pembahagian harta pusaka dalam kaedaan satus tanah simati tidak selesai.

Terdapat juga kes-kes yang menyedihkan dimana pemohon yang menunggu kelulusan permohonan tanah mereka, tiba-tiba tanah berkenaan telah dikurniakan kepada pihak lain.

Saya mengesa supaya pihak kerajaan tidak perlu menangguh-nanguhkan lagi permohon2 tanah yang dibuat oleh rakyat. Berilah kelulusan segera kepada pemohon2 yang telah mengusahakan tanah dan mereka yang tidak mempunyai tanah. Tidak tembul menuduh mereka yang menduduki tanah kerajaan secara tidak sah itu sebagai penceroboh sebaliknya berikan kepada mereka hak sebagai orang yang telah menghidupkan tanah-tanh berkenaan. Mungkin pihak kerajaan perlu menghadkan keluasan yang boleh diberi kepada setiap permohon-pemohon tanah.

Sekali lagi saya memanjangkan keluhan rakyat, mohon jasabaik pihak kerajaan untuk menyegerakan proses kelulusan tanah kepada permohon2 tanah di seluruh negeri Johor.

Sumber | https://fb.watch/9uXlqn5qGi/

 

COMMENTS