PANAS | Kebakaran pondok polis di Bachok, 2 ditahan bantu siasatan

PANAS | Kebakaran pondok polis di Bachok, 2 ditahan bantu siasatan

Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan kebakaran di sebuah pondok bit polis berhampiran Pasar Jelawat, Bachok, Kelantan, awal pagi kelmarin.

Menurut Ketua Polis Kelantan Shafien Mamat kebakaran kecil itu dipercayai berlaku pada 3.12 pagi dan kedua-dua lelaki yang berumur 24 dan 35 tahun itu ditahan pada 10.30 malam dan 2.30 pagi Ahad.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdekatan pondok bit polis itu mendapati seorang lelaki menunggang motosikal pergi ke pondok tersebut lalu membuat nyalaan api sebelum beredar.

“Pegawai penyiasat mendapati terdapat kesan jelaga pada dinding bahagian luar pondok dan kesan terbakar pada dinding selain kesan retak pada cermin tingkap,” kata Shafien, menurut laporan Bernama.

Katanya, satu kepingan bahan yang terbakar dipercayai diperbuat daripada plastik turut ditemui dan kini dijadikan bahan kes dan kedua-dua suspek mempunyai rekod kesalahan lampau dengan seorang daripadanya didapati positif dadah.

Mereka kini direman enam hari bermula semalam bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan, katanya.

Sumber | FMT

COMMENTS