PANAS !!! Isu subsidi : Dua pertubuhan universiti beri amaran mahu turun ke jalan raya

PANAS !!! Isu subsidi : Dua pertubuhan universiti beri amaran mahu turun ke jalan raya

Isu subsidi : Dua pertubuhan universiti beri amaran mahu turun ke jalan raya.

Berhentilah menjadi pemimpin ‘Keluarga Malaysia’, jika anda sendiri menindas ahli keluarga tersebut.

Penegasan dua pertubuhan universiti awam itu susulan tindakan kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang memansuhkan subsidi dan harga siling bagi beberapa barangan keperluan.

Isu subsidi : Dua pertubuhan universiti beri amaran mahu turun ke jalan raya

Gambar sekadar hiasan

Kesatuan pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Malaya (UM) menyifatkan pemansuhan subsidi minyak masak dan harga siling bagi barangan keperluan harian mulai 1 Julai ini akan menyebabkan kenaikan mendadak harga barangan dalam tempoh yang singkat.

Dalam satu kenyataan bersama bertajuk “Turun Harga atau Turun Jalan Raya”, mereka mengecam tindakan kerajaan melakukan penghapusan subsidi dan harga siling tersebut.

““Kami berpendapat keputusan ini dibuat tanpa mengambil kira situasi rakyat. Pemansuhan subsidi ini akan menyebabkan harga kebanyakan barangan keperluan harian meningkat secara mendadak dalam masa yang singkat.

“Kenaikan harga barangan ini akan memberi kesan negatif kepada semua lapisan masyarakat termasuk mahasiswa dan mahasiswi,” tegas mereka.

Kenyataan berserta tanda pagar #turun itu mengingatkan bahawa kegagalan kerajaan untuk menurunkan harga barang boleh mengundang gerakan demonstrasi di jalan raya.

Dalam masa sama, kedua-dua kumpulan mahasiswa universiti di Lembah Klang itu menasihatkan kerajaan agar mengemukakan pelan yang membantu semua lapisan masyarakat dan tidak bersikap pilih kasih.

“Pelan yang dikemukakan seperti Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) amatlah tidak memadai bagi menampung keperluan rakyat dalam jangka masa panjang.

“Berhentilah menjadi pemimpin ‘Keluarga Malaysia’, jika anda sendiri menindas ahli keluarga tersebut.

“Kesatuan pelajar UIAM dan UM menuntut agar kerajaan untuk bertanggungjawab serta membentangkan langkah-langkah dan pelan untuk membendung kenaikan harga punca dari kesilapan sendiri,” tambah mereka lagi.