PANAS | Isteri merajuk mangkuk pecah, suami terpaksa minta tolong orang ramai bantu selesai

PANAS | Isteri merajuk mangkuk pecah, suami terpaksa minta tolong orang ramai bantu selesai

Tindakan seorang suami yang secara tidak sengaja memecahkan mangkuk semasa memanaskan lauk membuatkan isterinya merajuk terhadapnya.

Menerusi satu hantaran di Facebook Suami Masak Apa Hari ini, Shahiran Ean menjelaskan beliau meminta pertolongan orang ramai untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Menurutnya, dia cuba memanaskan lauk yang telah dimasak tetapi nasib malang menimpanya apabila mangkuk yang diletakkan kuah itu pecah.

“Saya masak gulai telur ikan. Dah selesai makan tengahari, simpan di dalam peti. Maghrib tadi hajat hendak makan malam, dengan baik hatinya, saya panaskan gulai tadi, tiba-tiba berderai macam ini.

“Dah cuba jujur dengan isteri, bawa tunjuk kepada dia, saya mengaku kesalahan saya, namun dia buat muka sedih macam tidak menerima permohonan maaf,” katanya.

Di ruangan komen pula, rata-rata orang ramai menasihati agar si suami tidak mengulangi perkara itu dan berbincang bersama isteri untuk menjernihkan keadaan.

Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut meninggalkan komen dengan menyatakan, si suami perlu memujuk isterinya dan berbincang untuk tidak menjadikan masalah itu berpanjangan.

“Bincang baik-baik ya. Moga dipermudahkan urusan. Rasulullah SAW juga pujuk isteri, kalau ada antara isterinya merajuk,” tulisnya.

Sementara itu, Janovic Sibang berkata, suami itu perlu membawa isterinya ke kedai yang menjual pinggan mangkuk terbabit untuk membeli atas pilihannya sendiri.

“Dia macam ini, orang perempuan ini, kalau dah diganti satu set yang sama ke, set jenama yang lebih mahal ke, mereka tetap tidak mahu. Kalau boleh set yang dipecahkan itu dikembalikan dalam bentuk asal secara ghaib.

“Solusinya, bawa isteri ke tempat set pinggan mangkuk tersebut, biarkan si isteri pilih atau cari set yang dia mahukan berdasarkan standard cita rasanya sendiri,” ujarnya. – K! ONLINE

COMMENTS