Panas! Didakwa positif dadah, ADUN Perak ditahan di kelab malam

Panas! Didakwa positif dadah, ADUN Perak ditahan di kelab malam

Seorang ADUN Perak dikatakan ditahan selepas didakwa positif dadah susulan serbuan ke atas sebuah kelab malam di Perai, semalam.

Sumber polis memberitahu ADUN berkenaan ditemui bersama 35 yang lain di kelab malam itu.

Difahamkan ADUN itu dibawa ke Mahkamah Majistret hari ini untuk polis memohon perintah reman.

Keputusan prosiding reman masih belum diketahui, namun difahamkan kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya.

FMT sedang mengesahkan hal ini dengan polis Seberang Perai Tengah.

COMMENTS