Panas !!! Didakwa menyeleweng, berfahaman ekstrim; presiden Aswaja saman Mufti Perlis RM2 juta

Panas !!! Didakwa menyeleweng, berfahaman ekstrim; presiden Aswaja saman Mufti Perlis RM2 juta

Panas !!! Didakwa menyeleweng, berfahaman ekstrim; presiden Aswaja saman Mufti Perlis RM2 juta

Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (Aswaja) Zamihan Mat Zin memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM2 juta terhadap Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin kerana mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin

Zamihan mendakwa, Asri mengeluarkan kenyataan bahawa plaintif sebagai seorang yang tidak berintegriti, pembohong, pendusta dan mengelirukan orang awam dengan hukum Islam yang karut dan tidak benar, selain suka mengkafirkan orang Islam.

Pernyataan tuntutan itu juga menyatakan bahawa plaintif terkesan dengan sebaran kenyataan berkenaan kerana ada dalam kalangan umum yang menyifatkan plaintif sebagai individu menyeleweng dan berfahaman ekstrim.

Menurut laporan Harian Metro, kenyataan yang didakwa sebagai fitnah itu diterbitkan sebuah akhbar menerusi satu kolum wawancara khas, bertarikh 14 Okt 2018.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif mendakwa Asri mengeluarkan kenyataan merosakkan imejnya dan kenyataan berkenaan disiarkan di beberapa portal berita.

“Mereka menyifatkan saya seorang yang menyeleweng, seorang ekstrim, berfahaman Syiah dan seumpamanya, ini semua terhasil daripada kenyataan defendan terhadap diri saya,” dakwa plaintif dalam pernyataan tuntutan berkenaan.

Zamihan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Zulkifli Yong Azmi & Co dan menamakan Asri sebagai defendan.

Zamihan yang juga penolong pengarah kanan bahagian penerbitan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), mendakwa kenyataan dikeluarkan Asri sebagai berniat jahat, manakala Mufti Perlis berkenaan diwakili oleh Tetuan Faizal Rahman.

Bagaimanapun, dalam prosiding hari ini, peguam mewakili Zamihan menarik diri kerana mendapati berlaku konflik kepentingan dan perbicaraan ditangguhkan, pada Isnin depan.

Plaintif juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir tidak kurang RM2 juta atau sejumlah ganti rugi difikirkan berpatutan oleh mahkamah.