PANAS | Dakwa tidak bersekongkol dengan kleptokrat, Mahaiddin dikecam

PANAS | Dakwa tidak bersekongkol dengan kleptokrat, Mahaiddin dikecam

Perutusan khas terakhir Tan Sri Mahiaddin Md Yasin sebagai Perdana Menteri hari ini yang menyebut tentang pendiriannya tidak bersekongkol dengan kleptokrat mengundang kecaman orang ramai.

Rata-rata warganet berpendapat Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mungkin lupa siapa yang yang banyak kali ditemuinya sebelum ini untuk berkuasa susulan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tahun lalu.

“Mahiaddin sembang apa entah. Naik (Jadi kerajaan) pun sebab kleptokrat sokong, kan? Jatuh pun sebab merekalah,” bidas pengguna Twitter, @machaofkl.

Tidak kurang juga yang berkongsikan kembali gambar yang memperlihatkan pertemuan Mahiaddin dan Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebelum ini.

“Masa nak berkuasa boleh pula berlaga bahu,” tempelak Mohd Faizal.

Malah, Mahiaddin yang juga Presiden Bersatu tersebut dianggap cakap tidak serupa bikin.

“Kononya… berbual memang handal setakat cakap lain buat lain, tak payahlah,” pengguna Twitter, @mya54_my.

Terdahulu, Mahiaddin menegaskan beliau tidak menggadaikan prinsip untuk mengambil jalan mudah dengan bersekongkol dengan golongan kleptokrat jika ingin terus berkuasa.

“Saya boleh ambil jalan mudah bersekongkol dengan kleptokrat, tapi tidak,” katanya dalam siaran secara langsung petang ini.

Sejak terbentuknya kerajaan PN, Mahiaddin dilihat banyak kali mengadakan pertemuan bersama Ahmad Zahid, antaranya pada 30 November 2020 yang turut disertai Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Kami berbincang mengenai usaha-usaha untuk memperkukuhkan hubungan kerjasama antara Bersatu, Pas dan Umno,” kata Mahiaddin dalam catatan Facebook.

Untuk rekod, kleptokrat yang sering dikaitkan dengan Umno merujuk kepada pemimpin korup dan menggunakan kuasa untuk memperalat rakyat dan sumber negara demi menambahkan kekayaan dan tampuk kekuasaan mereka sendiri.

Semasa pandemik Covid-19 melanda pula, sekumpulan Ahli Parlimen Umno termasuk Ahmad Zahid sering digelar “kluster mahkamah”.

Mereka dalam golongan tersebut juga yang sebelum ini tegas mahu menarik balik sokongan kepada Mahiddin.

Sumber | MD