Panas !!! Calon tewas pemilihan parti buat laporan JPPM disifatkan ‘serah tengkuk kepada musuh’

Panas !!! Calon tewas pemilihan parti buat laporan JPPM disifatkan ‘serah tengkuk kepada musuh’

Tindakan segelintir calon tewas dalam pemilihan parti yang membuat laporan polis dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (JPPM) disifatkan sebagai ‘menyerah tengkuk pada musuh’.

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil mengakui terkilan dengan tindakan itu dengan berkata individu tersebut tidak perlu berbuat demikian dan seharusnya memberi sepenuh kepercayaan kepada barisan kepimpinan terbaharu.

“Saya nak nasihatkan jangan bagi musuh kita peluru.

“Kenapa serahkan leher, tengkuk kita kepada musuh. Kita tahu mereka (musuh) risau dengan adanya Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli ini adalah kekuatan yang paling kuat, yang boleh menyiapsediakan Keadilan untuk terajui Putrajaya,” katanya dalam Kongres PKR.

Fahmi berkata demikian berkata merujuk kepada tindakan ahli PKR yang membuat laporan polis dan JPPM selepas tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan parti.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu turut mengingatkan kepimpinan terbaru 2022-2025 untuk lebih proaktif dan tidak membiarkan parti itu diserang oleh pihak yang menabur fitnah ke atas mereka.

“Perlu tindakan disiplin, yang penting siapa yang menang siapa yang kalah, rakyat tak pandang, yang penting apa kita boleh buat terhadap rakyat,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita PKR Fuziah Salleh turut menggesa supaya parti mengambil tindakan ‘menyenaraihitam’ individu yang membuat laporan polis dan JPPM ke atas parti itu.

“Kalau kamu semua setuju dengan saya, bangun,” tegasnya yang disambut tepukan perwakilan.