Panas !!! Bekas Ahli Parlimen Umno akan ‘tentang’ Zahid ‘di mana saja’

Panas !!! Bekas Ahli Parlimen Umno akan ‘tentang’ Zahid ‘di mana saja’

Bekas Ahli Parlimen Benut Tawfik Ismail akan bertanding menentang Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Tawfik, anak kepada bekas timbalan perdana menteri kedua, Dr Ismail Abdul Rahman, ketika mengesahkan perkara itu kepada FMT berkata, beliau sedia melawan Zahid di mana saja pengerusi Barisan Nasional (BN) itu bertanding.

Ia termasuk di Bagan Datuk, kerusi disandang Zahid, sejak 1995.

“Sudah tiba masa orang Melayu bangkit dan memperjuangkan nilai yang betul,” kata bekas ahli Umno itu.

Tawfik merupakan Ahli Parlimen Sungai Benut, di Johor, bermula 1986 hingga 1990, akan bertanding bawah Gerak Independent, inisiatif bersama mempromosikan calon bebas bagi PRU15.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 20 Okt, bagi memuktamadkan tarikh penamaan calon dan pengundian selepas Perdana Menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob, mengumumkan pembubaran Parlimen, pada Isnin lalu.