Panas !!! Annuar ‘pelaksana’ rancangan musuh jatuhkan Umno, kata Fuad

Panas !!! Annuar ‘pelaksana’ rancangan musuh jatuhkan Umno, kata Fuad

Ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno Puad Zarkashi meyifatkan Annuar Musa sebagai “pelaksana” rancangan musuh untuk menjatuhkan Umno, namun menegaskan matlamat itu tidak akan berjaya.

Beliau berkata Annuar mengitarkan “skrip sama” mengenai isu kerjasama dengan DAP dan presiden PKR, untuk memecahbelahkan Umno.

“Skrip dia sama. Presiden pecat dia; Umno mahu Anwar (Ibrahim) jadi PM; Umno bergabung dengan DAP; dan Umno berpecah,” kata Puad dalam catatan terbaru di Facebooknya.

Puad menyifatkan Annuar sebagai “pelaksana ‘game plan’ musuh,” justeru berkata Ahli Parlimen Ketereh itu “menghentam” presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi dan parti itu sendiri secara berterusan.

Kenyataan Puad itu dibuat di sebalik dakwaan Annuar bahawa kalangan pemimpin Umno terbuka untuk bekerjasama dengan DAP dan Anwar.

Annuar disingkir sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional oleh pengerusi BN dan presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini, sekali gus menambah pergolakan dalam Umno.

Puad menuduh Annuar bersubahat dengan Muhyiddin untuk menjatuhkan Umno untuk memperkuatkan pengaruh PPBM.

Muhyiddin adalah presiden PPBM yang menjadi tunjang kerajaan Perikatan Nasional pimpinan beliau.

Puad sekali lagi menegaskan Umno tidak mahu bekerjasama lagi dengan PPBM kerana parti itu “jelas menikam Umno dari belakang.”

“Selepas 11 bulan (Umno) bersama PN, PPBM adalah kawan yang tidak jujur,” kata Puad.

Puad berkata dakwaan Annuar bahawa Umno mahu bekerjasama dengan DAP dan Anwar tidak timbul sama sekali.

“Dalam pertemuan Ketua Bahagian pada 5 Jan dan Mesyuarat MKT pada 6 Jan, tidak berbangkit pun isu Anwar dan DAP. Jelas Annuar Musa mahu UMNO bermain dalam galeri dia,” kata Puad.

Sumber : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/18/annuar-kitar-skrip-sama-untuk-pecah-belah-umno-kata-puad-zarkashi/