Panas !!! Annuar Musa semakin popular, dijangka ganti Zahid Hamidi

Panas !!! Annuar Musa semakin popular, dijangka ganti Zahid Hamidi

Nama Annuar Musa yang memang sedia popular, sekali lagi jadi sebutan serta bualan ramai sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan semalam.

Jika sebelum ini namanya kerapkali muncul kerana kritikannya terhadap UMNO dan Ahmad Zahid Hamidi serta kecondongannya terhadap Bersatu, terutama setelah dipecat sebagai Setiausaha Agung BN, kali ini namanya menjadi bualan berikutan ramainya orang politik daripada UMNO diberikan gelaran Datuk sempena sambutan Hari Wilayah tahun ini.

Jumlah gelaran Datuk yang diberikan tahun ini bukan jauh lebih ramai berbanding era PH sebelum ini, malah lebih tinggi berbanding era BN, termasuk ketika Tengku Adnan Tengku Mansor yang agak lama memegang jawatan Menteri Wilayah Persekutuan.

Lebih daripada, berbeza dengan amalam semua negeri lain, termasuk di Wilayah Persekutuan sebelum ini di mana senarai penerima Datuk biasanya akan dikeluarkan melalui kenyataan media oleh kerajaan negeri saja, sebaliknya untuk pertama kali Annuar sendiri selaku Menteri Wilayah Persekutuan mengadakan sidang akhbar khas dan mengedarkan kepada media senarai penerima darjah kebesaran, pingat dan bintang pada tahun ini.

Apa tujuan Annuar berbuat demikian?

Meskipun semua orang tahu, nama-nama penerima segala gelaran Datuk itu adalah kuasa Menteri Wilayah Persekutuan, tetapi adakah dengan membuat sidang media khas itu menunjukkan Annuar mahu menunjukkan kepada semua orang bahawa beliaulah yang berkuasa dan menentukan pemberian bergelar di Wilayah Persekutuan ini?

Tapi, untuk apa beliau berbuat demikian, sambil penerima daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO pula adalah tinggi sedangkan sejak PN membentuk kerajaan pada Mac 2020 lalu, negara tidak putus-putus dilanda PKP yang bersambung-sambung akibat Covid19?

Apakah dengan lebih banyak duduk di rumah saja pun mereka itu tak terbilang juga jasa dan sumbangannya kepada masyarakat?

Atau apakah pemberian gelaran kali ini bukan kerana mereka ada jasa atau sumbangan, tetapi disebabkan ada undi semata-mata?

Jika begitu, Annuar mahu bertanding jawatan apa sebenarnya?

Sebelum ini, pemimpin yang terkenal dengan banyak memberi gelaran Datuk kepada pemimpin UMNO ialah

Ali Rustam (sekarang merupakan Yang Dipertua Negeri Melaka) ketika beliau memegang jawatan Ketua Menteri di negeri tersebut.

Setiap tahun, berduyun-duyun pemimpin UMNO daripada seluruh negara menerima gelaran Datuk daripada beliau,

Disebabkan kemurahan hatinya Ali Rustam itu, ketika beliau menawarkan diri bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO berlawan dengan Muhyiddin pada 2009, dari segi gelombang sokongan yang diterimanya, beliau dijangka mudah memenangi pertandingan tersebut sejak awal lagi.

Namun demikian, di saat akhir beliau disekat daripada bertanding kerana didapati bersalah dalam amalam politik wang.

Ali Rustam bagaimanapun tidak dikenakan apa-apa tindakan lain seperti gantung jawatan, gantung keahlian atau jawatannya dalam UMNO dilucutkan, tetapi hanya dilarang meneruskan cabarannya kepada Muhyiddin.

Ketika itu, wujud tanggapan bahawa Ali Rustam sengaja disekat bertanding untuk memberi laluan mudah kepada Muhyiddin menjadi Timbalan Presiden UMNO untul digandingkan dengan Najib Razak.

Dua sebab dikaitkan mengapa tindakan itu dilakukan, pertama – untuk membalas budi Muhyiddin yang sebelum itu membuat gesaan di Singapura agar Tun Abdullah Badawi lebih awal melakukan peralihan kuasa kepada Najib dan kedua – untuk memudahkan pengisian jawatan Timbalan Perdana Menteri lantaran Ali Rustam pada waktu itu sedang menyandang jawatan Ketua Menteri Melaka.

Berikutan kejayaan mudah Muhyiddin mengisi jawatan Timbalan Presiden UMNO setelah menewaskan Muhammad Mohd Taib, beliau kemudiannya terus dilantik sebagai pemimpin nombor dua dalam kerajaan bergandingan dengan Najib selaku Perdana Menteri.

Andai Ali Rustam tidak disekat daripada bertanding pada 2009 itu, beliau dilihat lebih berpeluang besar untuk menang dan jika itu berlaku, Muhyiddin tidak mungkin berpeluang mengisi jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Pokoknya, selain peribadi Ali Rustam sendiri yang peramah dan mudah didekati, tindakannya menDatukkan ramai pemimpin-pemimpin UMNO seluruh negara adalah antara sebab beliau menerima sokongan yang menyeluruh dan hampir menjadi pemimpin nombor dua dalam UMNO.

Hanya kerana beliau disekat dan kemudian kalah pula bertanding di Parlimen Bukit Katil pada PRU 2013 kepada Shamsul Iskandar Mohd Akin, nama Ali Rustam akhirnya terus merudum sehinggalah hanya pada Jun 2020 lalu berikutan perubahan kerajaan negeri Melaka yang menyusul setelah Muhyiddin menjadi Perdana Menteri, beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Melaka menggantikan Tun Khalil Yaakob.

Dalam hal ini, apakah dengan memberi banyak gelaran Datuk di Wilayah Persekutuan tahun ini, walau tidak sampai setahun berkhidmat sebagai Menteri Wilayah Persekutuan, ini merupakan tanda yang semakin pasti Annuar akan menentang Zahid Hamidi sebagai Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang dijangka tahun ini?

Apatah lagi, dalam kluster menteri daripada UMNO, berbanding Hishammuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin yang turut disebut-sebut akan turut bertanding jawatan Presiden UMNO, hanya Annuar yang yang ada lebih keupayaan atas jawatannya dalam kerajaan untuk memberi pelbagai nikmat kepada pemimpin UMNO yang rata-ratanya memang dahagakan gelaran, penghormatan serta kekayaan melalui perjuangan agama, bangsa dan negara bersama UMNO. | SDC

COMMENTS