PANAS | Ahkirnya, Takiyuddin akui terkhilaf berkaitan Gunung Jerai

PANAS | Ahkirnya, Takiyuddin akui terkhilaf berkaitan Gunung Jerai

MENTERI Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengakui kekhilafannya menyatakan kawasan Gunung Jerai termasuk dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, semalam dan telah mengelirukan Dewan Rakyat.

Jelas Takiyuddin, beliau sebenarnya ingin merujuk Gunung Jerai kepada kawasan Hutan Simpan Gunung Jerai.

“Sebelum saya memberikan ulasan dan pandangan terhadap isu-isu utama yang dibangkitkan pada sesi perbahasan kali ini, izinkan saya memperbetulkan kekhilafan semasa menyebut kawasan Gunung Jerai adalah termasuk di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda di dalam jawapan soalan lisan

“Selain itu, saya ingin tegaskan sekali lagi bahawa memang tiada aktiviti pembalakan di kawasan berkenaan kerana Hutan Simpan Gunung Jerai dikelaskan di bawah hutan perlindungan,” katanya, lapor Malaysiapost.

Semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa Takiyuddin membuat kenyataan mengelirukan Dewan Rakyat.

Anwar berkata, ia kerana kawasan Gunung Jerai tidak berada di dalam Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda, tidak seperti disebut Takiyuddin.

Takiyuddin juga turut memberitahu Dewan Rakyat bencana kepala air di Gunung Jerai, Kedah bulan lalu berpunca kerana takdir Allah.

Ahli Parlimen Kota Bharu itu turut menolak dakwaan Anwar yang mengaitkan bencana itu akibat aktiviti pembalakan kerana Gunung Jerai diisytihar sebagai Geopark Kebangsaan pada 23 November 2018.

Sumber | MM

COMMENTS