Panas !!! 12 lelaki dipercayai pukul, seret warga asing hingga maut

Panas !!! 12 lelaki dipercayai pukul, seret warga asing hingga maut

Seorang warga asing yang ditemui dalam keadaan bogel di jeti pendaratan ikan di Tok Bali, Pasir Puteh, bukan saja dipukul, malah diseret 12 lelaki selepas dipercayai menceroboh sebuah kedai.

Ketua Polis Kelantan, Shafien Mamat, berkata siasatan mendapati mangsa yang berusia lingkungan 30-an dicekup oleh penduduk kampung.

Katanya, kejadian itu menyebabkan dia dipukul, diseret secara beramai-ramai sehingga meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Pemeriksaan pada mayat mangsa mendapati ada kesan koyak pada bahagian kepala, lebam bahagian punggung dan kesan cedera akibat diseret sebelum dibuang di kawasan lapang berhampiran jeti berkenaan.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang dengan kakinya diikat dengan tali,” katanya menurut laporan Kosmo.

Pada 4 Nov, mayat warga asing itu ditemui pengawal jeti berkenaan yang melaporkan kejadian itu kepada majikannya sebelum menghubungi polis.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Mohd Azmir Damiri, berkata siasatan mendapati mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di atas rumput tanpa pakaian.

Sumber | FMT