Padah!!! Koperal TUDM dipenjara 10 tahun, 7 sebatan, lakukan serangan seksual terhadap rakan sekerja

Padah!!! Koperal TUDM dipenjara 10 tahun, 7 sebatan, lakukan serangan seksual terhadap rakan sekerja

Parah!!! Koperal TUDM dipenjara 10 tahun, 7 sebatan, serangan seksual terhadap rakan sekerja. Seorang koperal Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dipenjara 10 tahun atas dua pertuduhan melakukan serangan seksual terhadap rakan sekerja wanita berusia 28 tahun, lima tahun lalu.

Muhamad Juhazei Ismail, 35, yang turut dikenakan hukuman sebat sebanyak tujuh kali, kini kehilangan pekerjaan selepas Mahkamah Rayuan hari ini menolak rayuan terakhirnya.

Hakim Kamaludin Md Said yang bersidang bersama panel tiga hakim berkata, hakim Mahkamah Sesyen tidak tersilap fakta apabila mendapati perayu bersalah.

Padah!!! Koperal TUDM dipenjara 10 tahun, 7 sebatan, lakukan serangan seksual terhadap rakan sekerja

“Kami juga mengekalkan hukuman oleh Mahkamah Tinggi kerana ia adalah trend hukuman semasa bagi kesalahan sedemikian,” kata Kamaludin, yang bersidang bersama M Gunalan dan Hashim Hamzah.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa memaksa wanita itu melakukan seks oral ke atasnya. Tertuduh juga didakwa atas tuduhan mencabul kehormatan wanita berkenaan.

Kedua-dua kesalahan itu dilakukan di kawasan tempat letak kereta di Setia Alam, Shah Alam, antara 9 malam dan 10.30 malam pada 3 Okt 2017.

Selepas perbicaraan, Juhazei didapati bersalah dan dikenakan hukuman penjara 15 tahun serta tujuh sebatan kerana melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan fitrah.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun dan dua sebatan kerana mencabul mangsa.

Bagaimanapun hukuman itu dijalankan serentak dan ini bermakna, dia perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dan sembilan sebatan.

Susulan rayuan dibuatnya, Mahkamah Tinggi mengurangkan hukuman penjara kepada 10 tahun dan lima sebatan bagi kesalahan pertama.

Tertuduh diwakili peguam Charan Singh manakala pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Zain Ibrahim.

Di mahkamah sama, bekas pengawal keselamatan terlepas daripada hukuman gantung kerana mengedar 1kg kokain yang diperoleh dari Brazil.

Peguam Anita Vijaya Rajah, yang mewakili Akram Abdul Kadir, memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwaan telah bersetuju dengan representasi tertuduh dan menggantikan pertuduhan asal iaitu memiliki dadah.

Timbalan Pendakwa Raya mengesahkan perkara itu kerana Akram mengaku bersalah memiliki dadah itu di sebuah terminal bas di KLIA di Sepang pada 3.30 petang pada 6 Sept 2016.

Dia kemudian dikenakan hukuman penjara 12 tahun dan sebatan sebanyak 10 kali.

Menurut fakta kes, seorang kenalan warga asing telah memberikan Akram sebuah beg kononnya mengandungi emas untuk diseludup ke negara ini.