Padah beli secara ‘online’, Pelbagai keluhan orang ramai, ini yang terjadi

Padah beli secara ‘online’, Pelbagai keluhan orang ramai, ini yang terjadi

Padah beli secara ‘online‘, Pelbagai keluhan orang ramai, ini yang berlaku.

Beberapa hari lagi akan menjelang Aidilfitri, kita menyaksikan pelbagai keluhan orang ramai berhubung pakaian raya yang dibeli oleh mereka.

Baik secara ‘walk in’ atau atas talian, kedua-duanya seperti menghampakan pelanggan bilamana baju yang diterima tidak mempunyai kualiti sepertimana yang diberitahu menerusi iklan.

Berkongsi pengalaman sama, dia dan isterinya sepakat ingin membeli baju raya di gedung pakaian terkenal iaitu JAKEL untuk tahun ini.

Memandangkan mereka membeli secara ‘walk in’, harapannya tiada sebarang masalah sepertimana orang lain yang membeli secara atas talian kerana jika beli terus di kedai, boleh melihat lebih terperinci ‘design’ baju tersebut.

Walau bagaimanapun, lain pula yang berlaku apabila kakitangan di situ tidak membenarkan pelanggannya membuka kotak pakaian tersebut.

Jadinya, mereka percaya bahawa pihak kedai tidak akan melihat jenama tersebut juga sudah dikenali ramai.

Padah beli secara 'walk in', Pelbagai keluhan orang ramai, ini yang terjadi

Apabila saat ingin mencuba pakaian itu di rumah, masing-masing jadi tak keruan bilamana saiz seluar dan baju dalam kotak itu berbeza.

Jika diihat, seluar yang dipakai suaminya sangatlah besar dan labuh, pun begitu besar saiz bajunya adalah bertepatan dengan saiz yang diminta.

Namun begitu, sang suami sepertinya hanya mampu pasrah mengenangkan nasib diri, malah sempat berjoget sewaktu mengenakan baju itu pada badannya.

Padah beli secara 'walk in', Pelbagai keluhan orang ramai, ini yang terjadi