Orang ramai diminta tangguh rancangan balik kampung

Orang ramai diminta tangguh rancangan balik kampung

Walaupun, rentas daerah dan negeri telahpun dibenarkan namun orang ramai disaran agar menangguhkan perancangan untuk pulang ke kampung sehinggalah angka kes Covid-19 kembali rendah.

Perkara ini turut dikongsi oleh Public Health Malaysia menerusi muat naik mereka di laman Facebook pada Isnin.

Bagaimanapun, sekiranya anda ingin pulang ke kampung, setiap individu ataupun adik-beradik tidak dibenarkan pulang ke kampung secara serentak.

Manakala, individu yang pernah berhubung dengan pesakit Covid-19, atau individu positif maka, anda tidak disaran untuk balik ke kampung melainkan telah menjalani kuarantin selama dua minggu.

Bukan itu sahaja, sebarang aktiviti yang melibatkan ramai individu dalam satu kelompok juga adalah tidak dibenarkan. Misalnya, kenduri, perjumpaan besar dalam keluarga, majlis hari jadi, tahlil mahupun majlis sosial.

Ingat! Bak kata pepatah melayu, “sudah terhantuk, baru nak terngadah”. Terus patuh SOP dan jangan lalai.

Sumber : https://www.xtra.com.my/trending/orang-ramai-diminta-tangguh-rancangan-balik-kampung-jika/?fbclid=IwAR0IwC6h5lA0i5g18o5T36cYIRnXTCALzBUQFooRYgZ-xb1SZjpmgFwm8eo