Orang nombor satu Pas Perak mula guna senjata sulit

Orang nombor satu Pas Perak mula guna senjata sulit

Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria pagi ini memetik ayat pertama Surah Al-Humazah yang bermaksud Pengumpat.

Ditulis maksud ayat tersebut dalam Facebooknya, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunong Semanggol itu juga menyampaikan pesan.

“Apa title sekali pun berhati-hatilah kita,” katanya ringkas diikuti petikan ayat itu berserta terjemahan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.

Ayat pertama dari surah ke-104 dalam al-Quran yang terdiri daripada sembilan ayat Makkiyyah itu bermaksud, “Kecelakaan besar bagi tiap-tiap pencaci, pengeji.”

Hantaran bekas pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia di media sosial itu susulan pembatalan tiga ADUN Pas termasuk Razman yang sepatutnya menghadap Sultan Perak petang semalam.

Berita penuh : https://malaysiadateline.com/orang-nombor-satu-pas-perak-petik-surah-pengumpat/