Nyah senaraian FGV, kejayaan bermakna buat peneroka – Mazlan

Nyah senaraian FGV, kejayaan bermakna buat peneroka – Mazlan

Saya mengalu alukan usaha kerajaan melalui Felda yang berjaya menguasai 77 peratus saham dalam FGV dan memerlukan lagi baki 13 peratus pegangan ekuiti di FGV, sebelum proses nyahsenaraian di Bursa Malaysia.

Saya dan rakan rakan dalam Ngo Felda konsisten memperjuangkan agar FGV diambilalih semula oleh Felda.

Tugas segera Felda selepas nyahsenaraian ialah untuk menstruktur semula pengurusan FGV melalui urus tadbir yang baik, susun semula perniagaan FGV dengan fokus kepada core busines dan perniagaan yang synergistic.

Pulihkan anak anak syarikat yang bermasalah dan underperfoming. Perniagaan yang bukan teras/tiada kena mengena dengan sektor perlu dikaji semula atau dinyahkan.

Pengalaman Tabung Haji dari segi pemulihan anak anak syarikat boleh dijadikan panduan.

Pengalaman pahit Felda masa lalu, yang dikaitkan dengan skandal dan penyelewengan mesti dijadikan iktibar.

FGV adalah aset paling bernilai buat Felda dan menjana pendapatan utama demi keselesaan para peneroka.

Jangan sekali kali dikhianati hak peneroka, apatah lagi agenda peribadi demi mengaut keuntungan.

Saya dan rakan rakan Ngo akan terus memantau perkembangan ini termasuk pengumuman memuktamadkan penyata hutang peneroka mei ini.

‘ menerajui perubahan’

Datuk Mazlan Aliman
16 mac 2021