Ngo MB selari dengan aspirasi Dr MM

Ngo MB selari dengan aspirasi Dr MM

Dunia pendidikan memang tidak asing buat YB Dr Maszlee Malik,46, anak Johor yang menjadi Ahli Parlimen Simpang Renggam. Mantan Menteri Pendidikan & Presiden UIA.

Meskipun tidak lama sebagai Menteri Pendidikan, sentuhannya sangat dirasai.

Saya mengalu alukan iltizam beliau untuk fokus kepada isu2 pendidikan seperti mana sokongan beliau kepada Ngo ANAK yang memberikan tumpuan kepada soal Felda. Parlimen Simpang Renggam mempunyai dua penempatan Felda iaitu Felda Air Hitam dan Layang Layang.

Ini saya nyatakan ketika berkunjung dan berbincang di Pejabat Ahli Parlimen Simpang Renggam yang turut di sertai Adun Serom, YB ir Dr Faizul Amri Adnan.

‘Apa ertinya bercakap tentang Revolusi Industri 4.0 sedangkan bumbung sekolah-sekolah ini bocor, lantai retak dan berlubang, dinding punah dan merekah, yang mana ia sangat tidak selamat untuk murid dan guru.

Saya yakin, dengan menyelesaikan isu ini secara tuntas, barulah adil untuk kita bercakap tentang futureproofing anak-anak, ketika sekolah daif ini setara dengan sekolah di Kuala Lumpur’. (petikan ucapan Dr Maszlee Malik di perhimpunan Warga KPM Mei 2019 )

Ngo Malaysia Baru selari dengan aspirasi beliau. Kita akan bekerjasama demi pendidikan anak bangsa melangkaui warna kulit dan agama.

 

Datuk Mazlan Aliman
Ngo Malaysia Baru