NGO ‘desak’ kerajaan Kelantan ‘permudah’ proses pembangunan perumahan Generasi Baharu Felda

NGO ‘desak’ kerajaan Kelantan ‘permudah’ proses pembangunan perumahan Generasi Baharu Felda

NGO gesa kerajaan Kelantan ‘permudah’ proses pembangunan perumahan Generasi Baharu Felda.

Menerima undangan dari Save Kelantan berceramah & sesi dialog di rumah Pak Da Qari, Felda Ciku 5, Gua Musang malam tadi.

Bersama Pengerusi Save Kelantan, Datuk Hj Husam Musa dan pimpinan badan2 Ngo seperti Prof Wan Ahmad Kamil, Cikgu Yuganu, wakil Ngo Kesedar dan Felda.

Saya menyentuh masa hadapan Felda khususnya cadangan pindaan Akta GSA 1960 isu2 pewarisan berdasarkan kaedah faraidh dapat dibuat. Ia juga bagi menyelesaikan kemelut dalaman dikalangan adik beradik, status generasi baharu Felda di sisi GSA, bidang kuasa Kerajaan Negeri dan terma pengurusan kebun.

Sudah sampai masanya mekanisme berdikari yang diungkapkan oleh Allahyarham Tun Razak(Timbalan Perdana Menteri) di Parlimen pada 27 april 1960) tika membentangkan pelan pembangunan Felda bawah GSA diperbaharui. Generasi Baharu Felda yang merupakan kelompok majoriti, dengan mengambil kira hampir 70 peratus peneroka asal telah meninggal dunia.

Suatu tempoh masa, contohnya 10 tahun akan datang pelan pengambilalihan dari Felda kepada generasi baharu Felda dalam konteks polisi masa hadapan yang sistematik mesti dimuktamadkan.

Generasi Baharu Felda yang mempunyai puluhan ribu cerdik pandai dan aktivis diperingkat lapangan tidak lagi sekadar ‘ follower’, sebaliknya memimpin perubahan kearah menerajui dasar Felda.

Saya juga merayu Kerajaan Negeri Kelantan mempermudahkan proses pembangunan perumahan Generasi Baharu Felda seperti kadar premium yang rendah seperti dilakukan negeri Johor. Sampai hari ini tapak yang dicadangkan di Felda Ciku 5 sejak 2012-2013 terbengkalai begitu sahaja.

Saya turut menyentuh Program Pembangunan Peneroka(PPP) 2019-2023 berjumlah 1 [email protected] juta setahun agar dapat disusun semula supaya benar2 mencapai matlamatnya. Potensi projek sosio ekonomi dan smart farming boleh memberi nafas baru kepada penyertaan anak muda Felda dan peluang pendapatan yang berbaloi.

Ngo2 Felda dipelawa bekerjasama membina networking dengan Ngo Pertubuhan Gerak Tani, agensi/Jabatan Kerajaan dan pemain industri dalam merealisasikan Pelan Strategik Keselamatan Makanan Negara.

Di usia Felda, 1956-2022; dengan berbagai ujian & cabaran yang dilalui, ayuh Generasi baharu Felda. Buktikan kemampuan melalui reformasi menyeluruh hala tuju Institusi terbesar orang melayu….FELDA.

‘ Menerajui Perubahan’

Datuk Mazlan Aliman
Penasihat,
Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan(ANAK)

Pengerusi,
Pertubuhan
Gerak Tani