Ngeri!!! Ibu mengandung maut rambut terbelit dalam mesin, kulit kepala tercabut

Ngeri!!! Ibu mengandung maut rambut terbelit dalam mesin, kulit kepala tercabut

Ngeri!!! Ibu mengandung maut rambut terbelit dalam mesin, kulit kepala tercabut. Seorang wanita berusia 21 tahun, Umida telah meninggal dunia selepas rambutnya tersangkut pada sebuah mesin dan kulit kepalanya tercabut di Minsk, New York.

Ngeri!!! Ibu mengandung maut rambut terbelit dalam mesin, kulit kepala tercabut

Menurut Olga, ibu mangsa, Umida yang sedang hamil 7 bulan itu dikatakan telah meninjau ke kawasan kilang dan rambutnya tersangkut di salah satu mesin perindustrian.

“Rambutnya melilit leher dan ‘tertarik’ ke dalam mesin itu.”
“Seandainya kulit kepalanya tidak dicabut, dia akan ‘tercekik’ kerana rambutnya sendiri.”

“Walaupun dilepaskan daripada mesin itu, Umida dilaporkan tidak sedarkan diri dan meninggal dunia akibat kecederaan dialami.”

Olga menegaskan pihak kilang seharusnya menyediakan tutup kepala buat pekerja yang memiliki rambut panjang.

Semasa kejadian berlaku, seorang pekerja telah menunjukkan cara peralatan di dalam kilang tersebut berfungsi. Katanya, individu tersebut telah berhenti untuk membuat rekod dalam daftar dan terkejut apabila menoleh kebelakang melihat keadaan mangsa.

“Sebaik pekerja itu menoleh ke belakang, dia melihat mangsa sudah terbaring di atas lantai dan dalam keadaan tidak sedarkan diri. Rambutnya berpintal di dalam mesin.”

Difahamkan, tindakan telah diambil terhadap pegawai di kilang tersebut kerana tidak dapat menjalankan tanggungjawab, cuai dan tidak jujur sehingga mengakibatkan kematian.