New York cipta sejarah, ribuan Muslim solat Terawikh berjemaah tengah kota Times Square

New York cipta sejarah, ribuan Muslim solat Terawikh berjemaah tengah kota Times Square. Bandar Times Square di New York, semalam menjadi tumpuan hampir seluruh dunia selepas tular video dan gambar menyaksikan ribuan warga Muslim di sana mendirikan solat Terawikh berjemaah di tengah kesesakan kota itu.
Menurut sumber, majlis itu dikendalikan oleh pertubuhan ‘wayoflifesq’ dengan kerjasama ‘thezamzamproject’ yang telah memperuntukkan sebidang tanah untuk menyebarkan agama Allah di salah satu tempat terkenal di dunia, iaitu Times Square.
Times Square, New York City.#RamadanKareem pic.twitter.com/oUYuvTPzhZ
— Shahnawaz Ansari (@shanu_sab) April 3, 2022
Ujar pengasas pertubuhan SQ, majlis tersebut merupakan antara impiannya dan tidak menyangka akhirnya ia menjadi kenyataan.
Difahamkan, seramai hampir 2000 warga Muslim di sana telah menghadirkan diri bagi mengimarahkan majlis tersebut dengan memperuntukkan sejumlah 1,500 hidangan Iftar kepada mereka yang hadir.
Bersama dengan itu, petikan Al-Quran dan penyampaian tazkirah Ramadan juga dilakukan oleh penganjur program tersebut.
“Kami di sini untuk menerangkan agama kami kepada semua orang yang tidak tahu apa itu Islam.”
Turut baca
- Susulan aksi ‘menari’ atas motosikal, penunggang diburu polis
- 4 keluarga hilang tempat tinggal, rumah terbakar ketika sedia juadah berbuka di Tumpat
- Sebak!!! “Saya anak yatim piatu, mak mentua lah tempat menumpang kasih…”
Tonton juga