Netizen sebak bila Fad Bocey jumpa pemuda mirip allahyarham Abam

Netizen sebak bila Fad Bocey jumpa pemuda mirip allahyarham Abam

Meskipun sudah setahun lebih dijemput Ilahi, namun pemergian pelawak Abam Bocey nyata masih terkesan di hati rakyat Malaysia. Malah semasa pertandingan ‘MLM 2021’ sebelum ini, Ali Puteh serta kumpulan Boro turut sempat menyatakan rasa rindu terhadap Allahyarham yang disifatkan sebagai figura abang dan juga rakan yang sangat baik.

Namun baru-baru ini, viral sebuah video memaparkan seorang individu memiliki wajah persis seperti Allahyarham Abam. Perkongsian itu dimuat naik oleh pengguna TikTok, di sebuah premis makanan terletak di Melaka dan ralit memerhati salah seorang pekerjanya. Tak dinafikan, sekali pandang memang orang awam akan menyangka lelaki itu adalah ‘kembar’ Abam Bocey.

Terbaru, pemuda itu dijemput untuk datang ke konti untuk bagi kejutan kepada Fad. Reaksi Fad buat ramai tersentuh dan mengalirkan air mata.

“Dapat pinjam 2 minit peluk insan comel yg sgt persis dgn insan yg aku paling rindu,Alhamdulillah..Allah aturkan semuanye”

“Terima kasih @azbuyot ,jaga diri..semoga yg baik2 buat kamu” ujar Fad

Fad turut berkongsi gambar pemuda tersebut di laman instagramnya. Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terkesima dan sebak apabila wajah pemuda berkenaan persis dengan Abam Bocey. Selain berseloroh ingin jumpanya di Melaka selepas ini, mereka turut titipkan doa buat Allahyarham.