Netizen naik ‘seram’ tengok gaya solat sekumpulan jemaah

Netizen naik ‘seram’ tengok gaya solat sekumpulan jemaah

Netizen naik ‘seram’ tengok gaya solat sekumpulan jemaah.   Solat merupakan perkara wajib yang perlu disempurnakan 5 kali sehari bagi setiap yang bergelar muslim.

Namun, tular satu video menunjukkan gaya satu jemaah solat yang dipercayai sedang menunaikan kewajipan tersebut di dalam sebuah rumah, buat netizen meremang!.

Perkongsian di Tiktok membuatkan rata-rata netizen seram melihat gaya solat sekumpulan jemaah dalam video tersebut.

Dapat dilihat, pergerakan solat yang mereka lakukan umpama ‘senam aerobik’ dengan tubuh badan masing-masing dihenjut-henjutkan dalam gaya berdiri dan rukuk.

Rata-rata netizen seram dan meremang melihat cara solat sedemikian yang disifatkan bagaikan sesat dan terpesong.

Malahan ada komen dari mereka yang bukan Muslim menyatakan hal ini nampak salah dan mengakui ianya tidak sepatutnya berlaku.

 

Turut baca