Netizen kecam tindakan ibu biar anak panjat tingkap, siap boleh gelak lagi

Netizen kecam tindakan ibu biar anak panjat tingkap, siap boleh gelak lagi

Netizen kecam tindakan ibu biar anak panjat tingkap, siap boleh gelak lagi. Anak kecil sememangnya aktif dan teruja untuk mencuba semua perkara yang mereka rasakan seronok.

Kata orang, jika anak-anak aktif dan lasak, maka mereka tergolong dalam kalangan anak-anak yang bijak. Sejauh manakah kebenaran itu?

Perkongsian dari @alanteva90 menerima kecaman ramai akibat membiarkan anak lelakinya yang masih terlalu kecil, memanjant tingkap ‘grill’ mereka.

Lebih buat netizen geram apabila dia hanya membiarkan tanpa menegur atau menyuruh si cilik tersebut turun dari tempat berbahaya tersebut.

Tinjauan komen mendapati sebilangan netizen mengecam tindakan mereka yang tidak menghalang anak dari panjat tingkat tersebut, manakala sebahagian lagi mengatakan itu adalah perkara biasa dalam proses tumbesaran anak lelaki yang aktif dan sihat.