“Nenek pun dah tak selamat…” Didakwa dibius dengan dadah, nenek 55 tahun diperkosa beramai-ramai

“Nenek pun dah tak selamat…” Didakwa dibius dengan dadah, nenek 55 tahun diperkosa beramai-ramai. Seorang nenek berusia 55 tahun yang ingin ke bandar untuk bertemu dengan seorang sami dirogol secara berkumpulan di sebuah asrama di bandar Lucknow, India.
Ketika disoal siasat oleh pihak polis, mangsa dikatakan bertemu dengan seorang wanita dikenali sebagai Geeta ketika berada di Prayagraj, Uttar Pradesh.
Selepas itu, wanita berkenaan memberi alasan bahawa dia terpaksa pulang ke rumah kerana saudara lelakinya tidak sihat lalu meninggalkan mangsa sendirian.
Bukan itu sahaja, mangsa mendakwa bahawa dirinya dibius dengan sejenis dadah dan diperkosa ketika tidak sedarkan diri. Malah, dia turut diugut bunuh jika melaporkan perkara terbabit kepada pihak polis.
Walau bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri sebelum menghubungi anggota keluarganya. Susulan daripada insiden itu, kes berkenaan masih berada dalam siasatan pihak polis dan tindakan segera akan diambil.