Neelofa, suami buat hal lagi, rentas negeri beli karpet di Nilai 3?

Neelofa, suami buat hal lagi, rentas negeri beli karpet di Nilai 3?

Belum pun reda isu nilai kompaun dikenakan pihak berkuasa yang dikatakan terlalu rendah kerana melanggar SOP dan larangan merentas negeri, selebriti Noor Neelofa Mohd Noor dan suaminya, Haris Ismail sekali lagi mencetuskan kontroversi terbaharu.

Kali ini, Neelofa dan suaminya, seorang ‘pencetus ummah’, didakwa memuat naik video di Instagram menunjukkan mereka mengunjungi sebuah kedai permaidani, dikatakan di Nilai 3, Negeri Sembilan.

Video 15 saat itu dikatakan dirakam oleh Neelofa sendiri, memaparkan perbualannya dengan seorang lelaki di kedai itu.

Hasil carian di Instagram Neelofa tidak menemui video itu.

Bagaimanapun, perkembangan ini terus “trending” dan menjadi didebatkan pengguna media sosial, yang tertanya bagaimana selebriti berusia 32 tahun itu boleh berada di kedai tersebut yang dikatakan di Nilai.

Seorang pengguna, @paedrazip, menulis: “Hai hajah @Neelofa. Kat Nilai 3 ke tu, cari karpet ke? Eish…rentas negeri? Kuat btol cable?”

Sebelum ini, Neelofa dan Haris masing-masing dikenakan kompaun RM20,000 dan RM10,000 kerana melanggar SOP perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Neelofa dikompaun kerana selaku penganjur gagal memastikan penjarakan fizikal sewaktu majlis akad nikahnya dengan Haris.

Neelofa dan Haris juga dikompaun melanggar kebenaran untuk tujuan merentas negeri ke Langkawi, memandangkan ada antara aktiviti didapati berada di luar skop kebenaran.

Susulan itu, Neelofa memohon maaf secara terbuka dan mengakui tidak sensitif isu semasa. | FMT

COMMENTS