Nasib tak putus… Kanak-kanak 3 tahun tahan sakit hampir sejam, kaki tersepit eskalator

Nasib tak putus… Kanak-kanak 3 tahun tahan sakit hampir sejam, kaki tersepit eskalator.
Seorang kanak-kanak lelaki terpaksa menahan kesakitan hampir sejam, apabila kaki kanannya tersepit dalam eskalator di sebuah pusat beli-belah di Putrajayasemalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 tengah hari itu, mangsa berusia tiga tahun itu dikatakan menuruni eskalator dari tingkat dua bersama ibu bapanya, sebelum kaki kanannya tiba-tiba masuk dan tersepit di bahagian tepi eskalator.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Cyberjaya dikejarkan ke tempat kejadian selepas menerima panggilan kecemasan pada 1.48 tengah hari.
“Kaki mangsa berjaya dikeluarkan kira-kira setengah jam kemudian dan mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut,” katanya.
Seorang saksi yang hanya dikenali sebagai Nurul berkata, dia terdengar jeritan sebelum melihat kaki seorang kanak-kanak tersepit dalam eskalator itu.
“Keadaan memang panik, nasib baik ada yang segera menekan butang kecemasan bagi menghentikan eskalator itu. Kanak-kanak itu menangis hampir sejam sebelum pihak bomba datang mengeluarkan kakinya yang tersepit,” katanya.
Turut baca
- Pilu!!! Bayi 3 bulan maut disyaki tersedak susu, bapa kini ditahan
- Lelaki menyamar jadi anak orang kaya selama 41 tahun terbongkar, ini cerita sebenar
- Terpaksa tunggu selesai… Lelaki pasrah tengok kereta sendiri bawah khemah di bazar Ramadan