Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur ‘cecah’ RM8.50

Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur ‘cecah’ RM8.50

Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur ‘cecah’ RM8.50.

Kos harga barang melambung yang dikatakan memuncak mulai hari ini nampaknya turut memberi tempias kepada seorang penggemar nasi lemak.

Mazuan Mansor memberitahu harga nasi lemak yang dibelinya dengan serba sedikit ikan bilis dan telur ikan tongkol sudah mencecah harga melampau tinggi.

Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur 'cecah' RM8.50

Nasi lemak ‘seciput’ ikan tongkol, suku telur ‘cecah’ RM8.50

Menurutnya, nasi lemak harga ‘kayangan’ itu dibelinya dari gerai yang tiada dikunjungi pembeli ketika beliau singgah di situ pagi tadi.

Penduduk Rawang itu bagaimanapun mendoakan penjual wanita itu dimurahkan rezeki dan dapat melancong ke Paris.

“Terlepas gerai nasi lemak yang selalu abang singgah. Kemudian melilau laa cari gerai lain. Terperasan satu gerai ni tak ada orang walaupun ramai orang kat sebelah gerai dia.

“Rasa simpati dan singgah laa kat gerai dia. Maka adegan memilih 3 ekor ikan bilis, suku telur dan seciput ikan tongkol berlangsung dengan jayanya… “Lapan ringgit lima puluh sen….”

“Abang doakan makcik tadi dimurahkan rezeki, dapat pergi melancong ke Paris minggu depan kemudian passport hilang kat sana. Amiinnn..,” sindir Mazuan lagi.