Nak buat baik pun salah… Empat remaja kejut sahur disimbah air

Nak buat baik pun salah… Empat remaja kejut sahur disimbah air

Nak buat baik pun salah… Empat remaja kejut sahur disimbah air.

Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan situasi empat pemuda yang disimbah air ketika meronda di sekitar kawasan perumahan untuk mengejutkan penduduk bangun bersahur.

Nak buat baik pun salah... Empat remaja kejut sahur disimbah air

Video yang dirakam oleh salah seorang penduduk di kawasan perumahan itu dimuat naik pada akaun Instagram bernama @indoviral8.

Menerusi video berkenaan, kelihatan empat remaja lelaki sedang memukul gendang yang diletakkan di sebatang lorong jalan.

Mereka meletakkan gendang yang besar itu betul-betul di hadapan pintu sebuah rumah lalu memukulnya dengan kuat.

Tidak lama kemudian, penghuni rumah tersebut membuka pintu rumahnya lalu menyimbah air ke arah empat remaja lelaki terbabit.

Pemilik rumah itu kelihatan mengeluarkan kata-kata yang memarahi tindakan empat remaja terbabit sebelum mereka beredar dari lokasi tersebut.

Video itu mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Salah cara kejut sahur. Cukup sekadar keliling kawasan, tidak perlu berada di satu tempat,” tulis seorang netizen.

“Sebenarnya boleh sahaja keluar rumah dan cakap, tidak perlu menyimbah air,” komen netizen lain.

 

Turut baca

Tonton juga