Najib buat ‘kejutan’, pecat Shafee, lantik Zaid Ibrahim sebagai peguam

Najib buat ‘kejutan’, pecat Shafee, lantik Zaid Ibrahim sebagai peguam

Dalam tempoh tidak sampai tiga minggu untuk pendengaran rayuan akhir bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak membuat `kejutan’ dengan memberhentikan perkhidmatan pasukan pembelaan sedia ada yang diketuai Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Muhammad Shafee telah mewakili Najib sejak Ahli Parlimen Pekan itu didakwa pada 4 Julai 2018. Prosiding terakhir membabitkan kedua-dua pihak itu adalah pada 21 Julai lalu.

Makluman pemberhentian tersebut dimaklumkan oleh firma guaman, Tetuan Shafee & Co melalui sepucuk surat yang dihantar ke Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia melalui sepucuk surat yang dilihat media hari ini.

Berdasarkan surat berkenaan, pihaknya telah diberhentikan oleh Najib kira-kira pukul 5 petang semalam dan Ahli Parlimen Pekan itu telah melantik bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri bahguan Undang-Undang, Datuk Zaid Ibrahim dan peguam berasal dari Singapura, Niru Pillai.

Firma guaman tersebut memberitahu, pihaknya akan menyerahkan segala dokumen fizikal dan digital kepada Tetuan Zaid Ibrahim Suffian TH Liew & Partners (ZIST) selewat-lewatnya hari ini.

Tambah firma guaman Muhammad Shafee, salinan digital bagi kesemua rekod rayuan, kertas-kerta kausa bagi permohonan untuk mengemukakan keterangan tambahan dan kertas-kertas kausa bagi meminda Notis Usul telah pun diserahkan kepada ZIST pada 5 Julai lalu.

Rayuan akhir Najib dijadualkan untuk pendengaran selama 2 minggu bermula 15 Ogos ini.

Pada 29 April lalu, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari pada bulan Ogos iaitu pada 15 hingga 25 Ogos ini untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan penyelewengan dana syarikat itu.

Pada 28 Julai 2020, Mahkamah Tinggi di sini mensabitkan Najib bersalah atas tujuh pertuduhan membabitkan kesalahan pecah amanah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn. Bhd.

Pada 8 Disember 2020, Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan salah serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Najib.

Zaid Ibrahim