Nabil balik kampung bantu mangsa banjir

Nabil balik kampung bantu mangsa banjir

Seremban: Kejadian banjir besar pada 4 November lalu terutama di kawasan Mambau mendapat perhatian pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad apabila kampung kelahirannya turut terbabit.

Nabil, 37, berkata dia teruja untuk balik kampung dan membantu hampir 50 mangsa yang terjejas akibat banjir.

“Saya hanya dapat tengok melalui gambar dihantar kawan di kampung mengenai kejadian itu dan terfikir untuk turut membantu mereka yang terjejas termasuk kawan sekolah saya.

“Seingat saya, banjir seperti ini tidak pernah berlaku sebelum ini, jadi saya membawa beberapa penaja untuk menyumbang seperti syarikat Mahsuri kerana saya duta produk ini dan Al Ikhsan Sports kerana saya ada kerjasama dengannya.

“Begitu juga kehadiran wakil Raudatul Mumtaz yang menyumbang baju Melayu dan al-Quran,” katanya ketika ditemui di Kampung Batu 3, Mambau, di sini, hari ini.

Nabil berharap usaha itu dapat meringankan beban mereka yang terjejas akibat banjir besar melanda kampungnya itu.

“Saya membesar di sini dan ramai kawan sekampung yang sama sekolah. Pastinya saya perlu melakukan usaha membantu mereka ini.

Sebenarnya saya cuba nak buat program ini lebih awal tetapi kerana kita masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pergerakan agak terbatas dan baru hari ini saya dapat merealisasikan impian balik dan membantu penduduk terjejas.

“Mana mungkin saya boleh melihat sahaja tanpa melakukan sesuatu, mereka (penduduk kampung) dalam kesusahan dan saya boleh duduk dengan selesa di tempat saya (Kuala Lumpur), cuma baru sekarang saya ada kesempatan membantu mereka,” kata anak kelahiran Kampung Kayu Ara, Mambau itu.

Sumber : https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2020/12/650514/nabil-balik-kampung-bantu-mangsa-banjir