Murung sejak setahun lalu, lelaki lemas terjun Sungai Kelantan

Murung sejak setahun lalu, lelaki lemas terjun Sungai Kelantan

Murung sejak setahun lalu, lelaki lemas terjun Sungai Kelantan.

Seorang lelaki yang dipercayai mengalami kemurungan sejak lebih setahun lalu dipercayai lemas selepas terjun di Sungai Kelantan melalui Jambatan Sultan Yahya Petra di sini semalam.

Murung sejak setahun lalu, lelaki lemas terjun Sungai Kelantan

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.15 tengah hari itu, mangsa yang berusia 46 tahun meninggalkan motosikal jenis Honda Wave sebelum dikhuatiri lemas di sungai berkenaan.

Murung sejak setahun lalu, lelaki lemas terjun Sungai Kelantan

Isteri mangsa, 42, berkata, sebelum ini, suaminya sering mengadu tertekan dan mengalami kemurungan.

Katanya, mangsa berpakaian kemas dan sempat menghantar anak bongsunya ke sekolah sebelum memaklumkan akan terus bergerak ke tempat kerja pagi tadi.

“Saya terkejut apabila rakan-rakannya dan polis datang ke rumah dengan memaklumkan suami saya hilang selepas meninggalkan motosikalnya di atas Jambatan Sultan Ismail Petra.

“Sebelum ini, dia juga kerap memberitahu ingin terjun ke dalam sungai kerana jambatan itu merupakan laluannya setiap hari untuk ke tempat kerja dari rumah kami di Pasir Pekan ke Kota Bharu.

“Saya tidak mengambil perkara itu secara serius dan menasihatkannya supaya ingat keluarga selain jangan buat keputusan melulu. Hari ini, saya tidak sangka dia hilang dengan meninggalkan motosikalnya di atas jambatan itu,” katanya ketika ditemui di Jambatan Sultan Yahya Petra.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner, Mohd. Rosdi Daud berkata, melalui maklumat yang diperoleh daripada saksi, mangsa dilihat berada dalam keadaan mencurigakan sebelum secara tiba-tiba terjun dari jambatan.

“Seramai 38 orang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat (SAR) termasuk polis, bomba dan Angkatan Pertahanan Awam di kira-kira 500 meter dari lokasi mula-mula mangsa dilihat terjun.

“SAR ditamatkan pada pukul 5.45 petang semalam ekoran atas faktor keselamatan ekoran cuaca hujan dan operasi akan disambung semula pagi esok,” katanya.