Muafakat PH disanjung, agenda Reformasi tetap didokong

Muafakat PH disanjung, agenda Reformasi tetap didokong

Mengambil kira situasi di Perak di mana tiada satu parti yang mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan yang stabil berikutan kejatuhan kerajaan PN di Perak pada 4hb Disember, 2020, DAP Perak telah membuat keputusan untuk bekerjasama dengan UMNO demi membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, kukuh dan stabil.

Kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama dengan UMNO membuktikan dua perkara :

a. DAP adalah parti berjiwa besar yang sanggup meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai agenda keutamaan.

b. Momokan DAP adalah “anti Melayu atau anti Islam” selama ini adalah tidak benar sama sekali.

Perlu ditegaskan kesediaan DAP Perak untuk bekerjasama dengan UMNO adalah berpaksikan kepada prinsip utama membentuk sebuah kerajaan berbilang kaum yang bersih, berintegriti dan berpandukan kepada prinsip “good governance”. Satu perjanjian bertulis perlu dimeterai sekiranya cadangan kerjasama ini mencapai kata sepakat.

Perlu juga ditegaskan DAP tidak akan berkompromi dengan amalan rasuah atau penyelewengan dalam soal integriti pentadbiran.

Muafakat PH disanjung, agenda Reformasi tetap didokong. DAP Perak tidak akan menyertai kerajaan negeri yang baru tanpa rakan-rakan komponen Pakatan HARAPAN iaitu Amanah dan KeAdilan.

Nga Kor Ming – Pengerusi DAP PERAK