MP lompat parti, Muhyiddin masih tak berani buka Parlimen

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin belum tentu boleh mendapat majoriti sokongan ahli Dewan Rakyat biarpun Ahli-ahli Parlimen pembangkang melompat menyokong parti kerajaan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata, semua tahu mengapa wakil rakyat melompat dan ianya disebabkan habuan duit.
“Lompat menjadi-jadi. Dua, tiga lompat masuk parti kerajaan. Belum tentu Muhyiddin dapat majoriti.
Sebab lompat? Heh, Heh, Heh. Kita tahu la. Cash is king.
“Katanya ada tawaran lagi kepada parti lawan. Bisnes politik lebih untung dari bisnes-bisnes,” sindirnya dalam satu catatan terbarunya di Facebook rasminya.
Mahathir turut mengulas tentang akta berita palsu yang dahulunya dibatalkan Pakatan Harapan (PH) tetapi dikuatkuasakan semula oleh Muhyiddin.
Katanya, negara tidak lagi memerlukan Parlimen kerana dengan menyebut sahaja, undang-undang boleh terus dilaksanakan
“Apa perlu Parlimen? Apa perlu pilihan raya? Habis masa, habis duit. Beli orang, panggil mereka wakil rakyat, kerajaan tertubuh. Selamatlah berbillion Ringgit.
(kerajaan) tak cukup duit, (mereka) naikkan denda. Tak (dapat) bayar RM10,000 pakai baju oren, masuk dalam,” katanya. | MD