Motor ‘total loss’, mangsa parah… Pemandu mabuk ‘ditibai’ orang awam lepas langgar motor

Motor ‘total loss’, mangsa parah… Pemandu mabuk ‘ditibai’ orang awam lepas langgar motor.
Pelbagai luahan dan pandangan telah dikemukakan bagi membanteras masalah pemandu mabuk, namun tiada sebarang tindakan dilakukan sehingga akhirnya jumlah kemalangan meningkat saban hari.
Lebih menyayat hati, ada yang telah kehilangan insan tersayang disebabkan kelakuan pemandu mabuk ini.
Terbaharu, tular sebuah rakaman video menyaksikan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Perodua Bezza memacu laju di atas jalan raya secara lawan arus.
Pemandu bezza ni MABUK langgar crv pastu dia drive lawan arus langgar pulak penunggang moto sampai separuh mati. Ulasan brader ni dengan video dia memang terbaik. pic.twitter.com/fAEF3Qjtdw
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 11, 2022
Menurut sumber, pemandu terbabit yang memandu dalam keadaan mabuk telah bertembung dengan sebuah kereta jenis Honda CRV dan sebuah motosikal di laluan berkenaan.
Sumber memaklumkan bahawa penunggang motosikal terbabit dalam keadaan parah, bahkan kenderaan pacuan dua rodanya juga kelihatan ‘total loss’.
Walau bagaimanapun, nasib tidak memihak kepada pemandu berkenaan apabila dia telah dikepung oleh orang awam selepas insiden berkenaan sekaligus menerima ‘habuannya’ juga di lokasi kejadian.
Dah kena kepung pun boleh buat degil lagi! pic.twitter.com/RBHYZlqyn3
— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) April 12, 2022