Minyak masak paket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘berlonggok’ di Golok

Minyak masak paket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘berlonggok’ di Golok

Minyak masak paket ‘kering’ di Malaysia tapi ‘berlonggok’ di Golok. Ketika rakyat merungut tentang kekurangan bekalan minyak masak peket, barang bersubsidi itu dikatakan ‘melimpah’ di Thailand, malah dilonggok di kedai untuk menarik pelanggan.

Tinjauan mendapati hampir semua kedai runcit di Pasar Sungai Golok dan kawasan sekitar menjual minyak masak paket bersubsidi dari Malaysia, selain beberapa barang kawalan lain seperti tepung gandum dan gula.

Seorang peniaga runcit di Pasar Sungai Golok berkata dia mendapat minyak masak peket bersubsidi daripada ‘orang Malaysia’ yang menyeludup barang melalui laluan tikus.

Seorang peniaga runcit yang hanya mahu dikenali sebagai “Ting” berkata dia mendapat minyak masak peket itu daripada ‘orang Malaysia’ yang menyeludup barang melalui laluan tikus, malah bekalannya tidak pernah terputus.

“Setiap bulan saya akan menyimpan sekurang-kurangnya 2,000 peket minyak masak sebagai stok jika bekalan lambat sampai,” katanya menurut Utusan Malaysia.

Ting berkata minyak masak paket dari Malaysia dijual pada hargs sekitar RM6 hingga RM6.50 setiap peket.

Seorang lagi peniaga yang mahu dikenali sebagai “Esen” berkata, dia menjual semua barangan bersubsidi dari Malaysia, termasuk minyak petrol dan diesel.

Katanya, bahan api dari Malaysia mendapat permintaan tinggi di kawasan kampung kerana ia dijual dengan harga lebih murah.

Dia turut mendakwa, penjualan dan penyeludupan barang kawalan dari Malaysia bukan perkara pelik dan sudah sudah lama berlaku.

“Kalau penguatkuasaan di sempadan atau jalan tikus diperhebatkan, kami di sini tidak hairan dan sabar menunggu pertambahan bekalan yang sentiasa pulih tidak lama selepas itu,” katanya.