“Meraung kesakitan…” Jari kaki kanak-kanak lelaki 11 tahun tersepit eskalator di pusat beli belah

“Meraung kesakitan…”  Jari kaki kanak-kanak lelaki 11 tahun tersepit eskalator di pusat beli belah

“Meraung kesakitan…” Jari kaki kanak-kanak lelaki 11 tahun tersepit eskalator di pusat beli belah.

Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun terpaksa menahan kesakitan hampir 30 minit apabila ibu jari kaki kanannya tersepit eskalator di sebuah pusat beli belah di Alor Setar, Kedah, semalam.

"Meraung kesakitan..."  Jari kaki kanak-kanak lelaki 11 tahun tersepit eskalator di pusat beli belah

Bomba menenangkan mangsa sambil cuba mengeluarkan jari kakinya yang tersepit dan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian jari kaki kanannya.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, pihaknya menerima panggilan kecemasan dari pihak pengurusan pusat beli belah berkenaan pada 2.54 petang.

“Seramai tujuh pegawai dan anggota telah ke lokasi kejadian. Kerja-kerja menyelamat mangsa turut mendapat bantuan daripada pihak penyelenggaraan pusat beli belah berkenaan, dan ia mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengeluarkan jari kaki mangsa yang tersepit.

“Rawatan awal telah diberikan oleh Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), sebelum mangsa dibawa ke Putra Medical Center (PMC) oleh pihak pengurusan pusat beli belah itu, untuk rawatan lanjut,” katanya, menurut laporan Bernama.

Sementara itu, wartawan agensi berita itu yang kebetulan berada di lokasi kejadian mendengar jeritan dan tangisan kanak-kanak lelaki terbabit sebelum bergegas ke bahagian eskalator yang terletak di tingkat dua pusat beli belah itu.

“Pihak penyelenggaraan cuba membantu mangsa sebelum bomba sampai, tetapi saya minta mereka berhenti kerana ketika itu mangsa menangis dan meraung kesakitan. Saya bimbang akan berlaku kecederaan yang lebih parah.

“Sebaik bomba sampai mereka cuba menenangkan mangsa sambil cuba mengeluarkan jari kakinya yang tersepit. Selepas kira-kira 15 minit, ia berjaya dikeluarkan dan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian jari kaki kanannya,” katanya.