Menunggu ‘pengorbanan’ para pemimpin

Menunggu ‘pengorbanan’ para pemimpin

Dengar khabar MB Selangor buat potongan gaji sebulan untuk menunjukkan solidariti beliau terhadap kesusahan rakyat dimasa negara dilanda musibah dewasa ini.

Alhamdulillah, terimakasih diucapkan kepada beliau. Menunjukkan betapa perihatinnya beliau kepada rakyat yang sedang dalam kesusahan. Harap ianya dapat diikuti oleh semua YB dan individu yang lain.

Walaupun begitu, nak dijelaskan sedikit beberapa disini khususnya berkenaan dengan kedudukkan ADUN Amanah.

Sejak kemenangan  Pru14 lepas, semua ADUN Amanah diseluruh negara membuat potongan gaji mereka sebanyak 10% – 30% untuk dana parti bagi urusan pentadbiran, aktiviti dll (belum kira sumbangan peribadi utk rakyat).

Malah, Timbalan Presiden Amanah DS Salahuddin Ayub sendiri menginfaqkan seluruh elaun Adun Jeram beliau untuk rakyat di Simpang Jeram sebanyak 100%. Dianggarkan lebih 10 ribu sebulan pada setiap bulan. Satu sen pun elaun sebagai Adun tidak di ambil sejak menjadi kerajaan hinggalah sekarang. ( sila rujuk Pusat Khidmat Masyarakat Adun Jeram utk pengesahan). Mujurlah beliau ada elaun sebagai MP untuk beliau hidup menampung kehidupan sekeluarga.

Beginilah sedikit kisah bagaimana kami survive dalam kehidupan dan survival politik kami.

Kami dalam Amanah bukan macam UMNO yang telah berpuluh tahun merompak, menyamun dan menyimpan harta berjuta-juta.

Kami dalam Amanah bukan macam Muhyidin yang menggunakan kuasa utntuk menjarah duit rakyat untuk kpentingan politik beliau atas nama dewan atau apapun nama projek utk rakyat kununnya.

Apatah lagi seperti lebai-lebai yang hidup dengan tin milo hasil sumbangan duit poket ahli-ahli atas nama jihad (kununnya) sedangkan pemimpin-pemimpin mereka dalam masa yang sama bermewah-mewah dengan kereta berjenama dan hidup atas hasil jual air liur didalam surau, masjid dan markas-markas.

Itulah hakikat perjuangan kami dalam Amanah diseluruh negara. Saya sendiri pun sedang berkira-kira nak jual kereta milik sendiri untuk survival parti sekarang ini.

Bagi yang  mampu teruskan niat ikhlas kamu. Semoga Allah membalas segala jasa kamu dan ianya menjadi timbangan di akhirat kelak. Hanya kepada Allah kami berserah dan meminta pertolongan.

Semoga Parti Amanah Negara terus hidup subur dengan amanah dan keikhlasan yang digalas.

Aaminnn ya robb al alamin…

Azhar Bin Ismail
Ketua Kawasan Amanah Ledang

Sumber : https://www.facebook.com/azhar.ismail.1610