Menteri lepas jawatan selepas salah guna kuasa akses vaksin

Menteri lepas jawatan selepas salah guna kuasa akses vaksin

Menteri Kesihatan Argentina melepaskan jawatannya pada hari Jumaat berikutan satu laporan mendakwa terdapat pihak-pihak menggunakan hubunggan dengannya untuk mendapatkan akses vaksin Covid-19.

Dua sumber presiden mendakwa Presiden Alberto Fernandez meminta Gines Gonzalez Garcia melepaskan jawatananya setelah tuduhan dibuat di media selepas sekurang-kurangnya 10 orang yang menerima vaksin tanpa mengikuti prosedur yang betul.

Dalam kalangan 10 orang itu, seorang wartawan veteran mendakwa menerima vaksin selepas bercakap dengan menteri berkenaan.

Pemerintah Argentina mendapat tekanan selepas skandal rasuah dan akses kepada vaksin Covid-19 semakin meningkat ketika kekurangan bekalan berlaku.

Bagaimanapun, Gines menerusi Twitter berkata, ada individu dapat melepasi prosedur vaksinasi kerana terdapat kekeliruan yang tidak disengajakan.

Awal bulan ini, Menteri Kesihatan dan Menteri Luar Peru juga melepaskan jawatannya dan mantan presidennya disiasat jenayah setelah laporan ratusan pegawai Peru menerima dos vaksin di luar ujian klinikal dan sebelum program imunisasi nasional dimulakan.

Di Argentina, wartawan tempatan terkenal Horacio Verbitsky mengatakan bahawa dia telah menerima suntikan vaksin kerana baik dengan Menteri Kesihatan.

Sejak bulan Disember, Argentina telah menggunakan vaksin Sputnik V Rusia untuk menyuntik pekerja kesihatan barisan hadapan walaupun jumlah penerimaan jauh daripada yang diharapkan.

Sehingga hari Rabu di Argentina, kira-kira 250,000 orang telah menerima dua dos vaksin Covid-19.

Argentina yang mempunyai 45 juta orang penduduk mengesahkan lebih daripada 2 juta jangkitan koronavirus dan 51,000 kes kematian. | MG