Menteri Kewangan ‘dedah’ sebahagian besar subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya

Menteri Kewangan ‘dedah’ sebahagian besar subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya

Menteri Kewangan ‘dedah’ sebahagian besar subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya.

Sebahagian besar subsidi disediakan kerajaan dinikmati golongan kaya atau kumpulan T20, kata Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.

Menteri Kewangan 'dedah' sebahagian besar subsidi kerajaan dinikmati golongan kaya

Beliau berkata, bagi tahun ini, subsidi dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion dinikmati T20.

Katanya, ia termasuk sebahagian besar subsidi petroleum berjumlah RM4 bilion setakat Mac tahun ini, telah dinikmati kumpulan berkenaan.

Zafrul berkata, keadaan ini berlaku susulan subsidi disalurkan kerajaan bersifat menyeluruh dan memanfaatkan semua lapisan masyarakat.

“Setiap RM1 subsidi bahan api, 53 sen pergi kepada golongan T20, manakala 15 sen dimanfaatkan B40.

“Jadi, contohnya subsidi tahun ini dijangka melebihi RM30 bilion dan lebih RM15 bilion itu adalah subsidi kepada T20,” katanya menurut laporan Astro Awani.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan sedang mengkaji semula mekanisme pemberian subsidi elektrik dan petrol supaya ia lebih bersasar dan menumpukan kepada golongan rentan.

Beliau berkata, langkah itu bagi mengurangkan ketirisan dan memastikan sumber negara ditumpukan untuk membantu mereka yang benar-benar memerlukan.

“Pada Feb 2021, subsidi produk petroleum yang ditanggung kerajaan hanya RM200 juta. Namun, menjelang Jan 2022, ianya adalah RM2 bilion dan pada Mac pula sudah lebih RM4 bilion.

“Manakala, untuk subsidi elektrik pada separuh tahun pertama 2022, kerajaan mengekalkan tarif elektrik untuk semua kediaman iaitu besar dan kecil dengan kos subsidi lebih kurang RM700 juta,” katanya.Zafrul berkata, kerajaan sedang mengkaji mekanisme penyelarasan termasuk melakukan sesi libat urus dengan pihak berkepentingan untuk dibentangkan kepada Kabinet.