Mengerikan!!! Tangan kiri anggota tentera hancur, ‘dikisar’ rim motosikal

Mengerikan!!! Tangan kiri anggota tentera hancur, ‘dikisar’ rim motosikal

Mengerikan!!! Tangan kiri anggota tentera hancur, ‘dikisar’ rim motosikal. Begitulah situasi dialami seorang anggota tentera apabila tangan kirinya hancur dan hampir putus selepas termasuk dalam rim motosikal berhadapan Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Tampin, pagi semalam.

Dalam kejadian 7 pagi itu, dua anggota tentera lelaki berusia 37 tahun dalam perjalanan dari Felda Pasir Besar ke kem tersebut dengan menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR.

Ketua Polis Tampin Anuwal Ab Wahab, berkata sebaik tiba di hadapan Hospital Tentera Darat Kem Syed Sirajuddin, Gemas, secara tiba-tiba baju panas milik mangsa yang juga pembonceng tersangkut pada gegancu motosikal.

Katanya, ini menyebabkan baju itu berbelit dan mangsa terjatuh sebelah kiri motosikal. Pada masa sama, tangan kirinya masuk ke dalam rim,” katanya.

Berikutan itu, katanya, mangsa parah di tangan kiri yang hancur dan hampir terputus serta patah kaki kiri, manakala rakannya, yang merupakan penunggang motosikal, tidak cedera.

Anuwal berkata, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Tentera Darat Tuanku Mizan di Kuala Lumpur untuk rawatan lanjut dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.