Mengapa kerajaan di lihat tergesa-gesa batal AP bahan makanan, ini penjelasan bekas menteri

Mengapa kerajaan di lihat tergesa-gesa batal AP bahan makanan, ini penjelasan bekas menteri

Mengapa langkah kerajaan membatalkan permit import (AP) adalah bersifat populis dan dilihat sebagai tindakan tergesa-gesa. Ini penjelasan Salahuddin Ayub, bekas memteri Pertanian dan Asas Tani.

Salahuddin Ayub

Pertama : Petani dan pengeluar tempatan akan terpaksa bersaing dengan barangan makanan yang diimport. Maka ini sedikit sebanyak akan menjejaskan kelangsungan domestik (domestic survival).

Kedua : Kebergantungan kepada sumber makanan yang diimport membuatkan kita terkesan bukan sahaja dengan sebarang kenaikan harga makanan di peringkat global, malah kesan buruk daripada kejatuhan nilai ringgit. Sebagai contoh, kejatuhan nilai ringgit baru-baru ini dijangka akan menyumbang kepada kenaikan harga makanan sehingga 30% dalam tempoh 3 hingga 6 bulan akan datang. Adakah ini berita baik untuk rakyat? Sudah tentu tidak.

Ketiga : Saya ingin menegaskan bahawa tiba masanya untuk negara mula memikirkan kerangka bagi menyelamatkan isu ‘food security’ dan ‘food sovereignty’ di Malaysia. Pengukuhan terhadap ‘Self-Sufficiency Ratio’ (SSR) – iaitu pengiraan peratusan makanan yang dihasilkan dalam negara, bagi pengeluaran komoditi pertanian untuk keperluan domestik – supaya ia dapat dijamin dan ditingkatkan untuk jangka masa panjang.

Turut baca