Mengaku salah lupus wang rampasan AS$6.94 juta, pegawai SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan

Mengaku salah lupus wang rampasan AS$6.94 juta, pegawai SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan

Mengaku salah lupus wang rampasan AS$6.94 juta, pegawai SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan. Seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan pilihan menyalahgunakan harta berjumlah AS$6.94 juta yang dirampas agensi itu dengan curang dalam kes bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Hasanah Abdul Hamid.

Mengaku salah lupus wang rampasan AS$6.94 juta, pegawai SPRM dipenjara 3 tahun, 2 sebatan

Hakim Suzana Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Shahrum Nizam Baharuddin, 41, selepas dia membuat pengakuan salah terhadap pertuduhan yang lebih ringan di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

Beliau turut memerintahkan tertuduh dihukum dua kali sebatan dan mahkamah memerintahkan hukuman penjara itu berkuat kuasa dari tarikh dia ditangkap pada 13 Sep 2021.

Shahrum sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah amanah jenayah namun pihak pendakwaan menawarkan pertuduhan yang lebih ringan.

Dia melakukan kesalahan itu antara 17 Dis 2018 dan 9 April 2019 di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya.