Memperjuangkan nasib kontraktor kecil bumiputera di Johor, Khairuddin diangkat sebagai ‘wira’ – PERKOBF

Memperjuangkan nasib kontraktor kecil bumiputera di Johor, Khairuddin diangkat sebagai ‘wira’ – PERKOBF

Media Siaran TV18 melaporkan, Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F (PERKOBF) Johor, hari ini menganggap Adun Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim sebagai wira yang memperjuangkan permasalahan yang dialami oleh kontraktor bumiputera kecil di Johor.

Yang Di Pertua (YDP) PERKOBF Johor, Zahrul Lail Ab Moez berkata, Khairuddin layak menerima gelaran tersebut berikutan dari apa yang diperjuangkan beliau terhadap nasib kontraktor kecil bumiputera di Johor.

Katanya, bukan sahaja beliau memperjuangkan nasib kontraktor kecil bumiputera tetapi beliau juga bersungguh untuk menentang sistem konsesi yang dipratikkan oleh kerajaan hari ini.

“Saya menghargai perjuangan beliau yang ikhlas dalam membawa isu ini tanpa penat dan lelah beliau terus menerus memperjuangkan nasib kami.

 

“Layaklah beliau untuk digelar sebagai wira kontraktor kecil bumiputera seperti kami ini. Kami juga memerlukan seorang pemimpin seperti beliau bagi kesinambungan nasib kami,” katanya ketika dihubungi media.

Dalam pada masa yang sama Setiausaha Perkobf, Mohd Yusof Kadir turut memberikan pengiktirafan yang sama terhadap Khairuddin.

Gambar : Yusof Kadir

Menurut beliau lagi, perjuangan menghapuskan sistem konsesi ini memerlukan pejuang yang benar-benar berani dalam hal tersebut.

“Kita sebelum ini telah berjuang dan membawa perkara ini sekian lamanya. Bukan sahaja di zaman BN dan PH malah sehingga kini kami masih memperjuangkan hal tersebut.

“Sistem konsesi ini banyak membunuh kontraktor bumiputera kecil seperti kami kerana berlaku amalan monopoli yang menutup periuk nasi kami.

“Alhamdulillah, kehadiran pemimpin seperti Khairuddin ini telah membuka ruang baharu kepada kami. Beliau bukan sahaja berjuang hari ini malah ketika di zaman PH pun beliau telah membawa keluhan suara kami selama ini,” katanya lagi ketika ditemui.

Sebelum dari itu Sinar Harian telah melaporkan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Ir Khairuddin A Rahim membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu berhubung kerja-kerja penyelenggaraan jalan di negeri ini.

JOHOR BAHRU 24 FEBRUARI 2021. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin A Rahim, menunjukkan surat laporan berkaitan dakwaan salah guna kuasa bagi projek penyelenggaran jalan di negeri ini selepas menyerahkannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di Pejabat SPRM Johor.

Khairuddin berkata, tindakan kerajaan negeri melantik sebuah syarikat melaksanakan kerja-kerja konsesi di bawah Marris dianggap sebagai tindakan monopoli yang boleh menyebabkan kontraktor kecil bumiputera gulung tikar.

 

COMMENTS