Memalukan!!! Terima rasuah kes khalwat, Lans Koperal didenda RM1,500

Memalukan!!! Terima rasuah kes khalwat, Lans Koperal didenda RM1,500

Memalukan!!! Terima rasuah kes khalwat, Lans Koperal didenda RM1,500. Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal didenda RM1,500 di Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah menerima suapan berjumlah RM200, dua tahun lalu.

Tertuduh, Abdul Hadi Abu Bakar, 29, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Hakim M. Bakri Abd. Majid.

Mengikut pertuduhan pilihan, Abdul Hadi yang merupakan anggota polis dari kumpulan sokongan di bahagian kereta peronda polis (MPV), Bahagian Jenayah dan Keselamatan Komuniti, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh telah secara rasuah memperolehi suapan iaitu wang tunai berjumlah RM200.

 

Baca juga

 

Sogokan itu diterima daripada seorang lelaki sebagai dorongan untuk tidak membawanya dan pasangan masing-masing berusia 26 dan 20 tahun yang ditangkap atas kesalahan berkhalwat pada 30 Disember 2019 ke balai polis.

Perbuatan tersebut dilakukan bapa kepada dua anak itu di belakang bangunan Restoran Nasi Kandar di Taman Fair Park di sini antara pukul 12.30 hingga 12.45 tengah hari, 5 Januari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama yang memperuntukkan penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Maziyah Mansor manakala tertuduh diwakili peguam Sheikh Mohd. Nasir Sheikh Mohd. Sharif.

Hakim M. Bakri menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara satu bulan sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Tertuduh membayar denda tersebut.

 

Tonton juga