Mee goreng ‘budak sekolah’ tular, ramai yang ‘terliur’, ingin tahu cara buatnya

Mee goreng ‘budak sekolah’ tular, ramai yang ‘terliur’, ingin tahu cara buatnya

Mee goreng ‘budak sekolah’ tular, ramai yang ‘terliur’, ingin tahu cara buatnya. Sedapnya nampak mee goreng budak sekolah ni. Mee ini dipanggil dipanggil dengan nama sedemikian kerana mi ini dimasak tanpa diletakkan sebarang sayur. Maklumlah, anak-anak kurang gemar makan sayur.

Cara membuatnya sangat mudah dan sesuai dijadikan sarapan mahupun sebagai bekal anak ke sekolah. Teksturnya yang basah-basah lembak, tak risau anak tercekik bila makan. Jom cuba!

CARA MASAK MEE GORENG BUDAK SEKOLAH

Bahan-bahan:
4 biji telur
2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 5 tangkai cili kering (kisar)
Isi ayam/daging/sotong/udang
2 sdb sos tiram
5 sdb sos cili
¼ cawan kicap manis
Air ½ cawan
1 bungkus mee kuning

Cara-cara:
1. Mula-mula gorengkan telur hancur. Bila dah masak, angkat dan letak tepi.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

2. Dalam kuali yang sama, tumiskan 2 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih dan 5 tangkai cili kering. Tumis sampai garing tau. Kalau suka pedas boleh tambah lagi cili tu. Ini kan untuk budak sekolah, mana boleh pedas sangat.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

3. Bila bahan kisar kita dah garing, masukkan lauk yang ada. Masukkan pula daging dan ayam. Kalau nak bubuh sotong ke udang ke pun boleh.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

4. Bila ayam fan daging dah masak, masukkan 2 sdb sos tiram, 5 sdb sos cili dan ¼ cawan kicap manis pilihan hati. Kacau-kacaukan biar dia mesra.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

5. Masukkan air ½ cawan, biar kan merenih kejap.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

6. Masukkan sebungkus Mee kuning.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

7. Bila mee dah sebati, masukkan telur goreng hancur tadi. Gaulkan sehingga rata.

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

Siap, selamat mencuba!

 

Mee goreng 'budak sekolah' tular, ramai yang 'terliur', ingin tahu cara buatnya

 

Turut baca